APMM GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PETROL, TAHAN KAPAL BERLAYAR TANPA KEBENARAN

ANGGOTA APMM Zon Kudat memeriksa dokumentasi kapal yang dikesan berlayar tanpa kebenaran. FOTO Ihsan APMM.

 

Kudat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup petrol ke negara jiran, selepas menahan bot di 1.4 batu nautika tenggara Tanjung Layag-Layag, Pitas, semalam.

Pengarah APMM Zon Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, pasukan ronda yang ketika itu sedang melakukan rondaan Op Pluto/ Op Tiris segera digerakkan sebaik menerima maklumat.

Katanya, apabila tiba di lokasi, anggota mengesan pergerakan bot yang mencurigakan, namun ia memecut laju menuju ke kawasan cetek apabula dihampiri.

“Pengendali bot terbabit dipercayai terjun daripada bot dan melarikan di kawasan hutan paya bakau berdekatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan 17 tong biru berisi petrol dianggarkan berjumlah 3,400 liter disyaki cuba diseludup ke Filipina.

“Bot serta barang rampasan bernilai lebih RM20,000 itu dibawa ke jeti Marina, Kudat dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Dalam kes berasingan, beliau berkata, pihaknya menahan sebuah kapal kargo Landing Craft di kedudukan 0.2 batu nautika barat daya Lok Bon, Pitas pada hari sama.

“Penahanan itu hasil pengesanan daripada SWASLA Sabah berpandukan aduan Jabatan Laut Lahad Datu, menyatakan kapal itu telah meninggalkan lokasi tempat bersauh tanpa kebenaran.

“Ketika diperiksa didapati empat warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 52 tahun di dalam kapal,” katanya.

Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, Seksyen 65 Ops 1952 (Port Clearance) kerana keluar belayar dari Lahad Datu tanpa memohon izin untuk belayar.

Selain itu siasatan juga mengikut Seksyen 300 (1) Sending Unseaworth Ship to Sea An Offence, Ops 1952 dan Seksyen 22 (2A), Certificate Of Registry kerana disyaki tidak memaklumkan penukaran nakhoda kepada pendaftar kapal.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Metro Sabah

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …