POLIS AKAN LANCAR OPERASI PATI, KENALPASTI 538 KOLONI SETINGGAN: JAUTEH

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun (tengah) berkata 538 koloni setinggan wujud di Sabah yang dijadikan penempatan bagi Pati. (Gambar: Harian Ekspres/Nora Ahmad)

 

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah akan melancarkan operasi dalam masa terdekat bagi membanteras kehadiran pendatang tanpa izin (Pati) di negeri ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Beliau berkata pihaknya berjaya mengenal pasti sebanyak 538 koloni setinggan wujud di Sabah di mana sebahagian besarnya dijadikan penempatan bagi Pati.

“Sudah sampai waktunya untuk kita melaksanakan satu kerjasama dengan semua jabatan yang terlibat untuk operasi ini yang mana untuk PDRM sendiri, kita telah melaksanakan persiapan untuk tindakan operasi,” katanya hari ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Daily Express Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

PENGAMBILAN BEKAS ANGGOTA KESELAMATAN SEBAGAI WARDEN ASRAMA DI SEKOLAH: IMPAK TERHADAP DISIPLIN PELAJAR

Cadangan melantik bekas anggota keselamatan sebagai warden asrama sepenuh masa semakin mendapat perhatian susulan krisis disiplin dan buli di sekolah …

KAWAL AMARAH DARI MEROSAKKAN IMEJ PERKHIDMATAN AWAM

Bergaduh di dalam premis jabatan kerajaan bukan sahaja mencemarkan imej penjawat awam yang terlibat, malah menjejaskan reputasi seluruh organisasi di …

APLIKASI PENJEJAKAN LOKASI DALAM INTERNET: KESAN DAN RISIKO KEPADA KESELAMATAN NEGARA DAN MASYARAKAT

Aplikasi penjejakan lokasi seperti Waze, Google Maps, Strava, Find My iPhone dan Life360 amat memudahkan navigasi, namun di sebalik kemudahan …