Laman Web MKN

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN
Facebook  0
Twitter 0
WhatsApp

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.

TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGp) bagi merangkumi sebahagian kawasan daerah Tuaran.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, penemuan awal daripada Ekspedisi Saintifik Geo-Sulaman (EGOS 2025) yang dijalankan pada April 2025 menunjukkan Tuaran mempunyai ciri geologi

yang unik, biodiversiti yang kaya, warisan budaya yang signifikan serta pengetahuan komuniti yang bernilai.

“Aset-aset ini wajar dikaji dan didokumentasikan dengan teliti serta, jika bersesuaian, dimasukkan dalam kerangka pemuliharaan dan pembangunan mampan yang lebih luas bagi memperkukuh keterhubungan ekologi dan ekopelancongan Sabah,” katanya pada majlis penutupan Misi Penilaian Semula KUGGp, di sini pada Jumaat.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin.

Pada masa ini, katanya, KUGGp meliputi kawasan seluas kira-kira 4,750  kilometer persegi merentasi tiga daerah, iaitu Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian Ranau.

Pengurusan kawasan sebesar ini, yang melibatkan pelbagai bidang kuasa pentadbiran dan komuniti yang pelbagai, memerlukan strategi jangka panjang yang jelas dan terselaras.

Sehubungan itu, Hajiji berkata, Pelan Pengurusan Kinabalu UNESCO Global Geopark 2026–2035 menggantikan Pelan Pengurusan Interim 2021–2025.

“Pelan baharu ini mengintegrasikan tonggak utama geopark, iaitu pemuliharaan sumber, penyelidikan, pendidikan dan pembangunan sosioekonomi, dan akan dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu pembinaan asas, pemecutan dan transformasi, berpandukan sembilan tema strategik menuju 2035,” katanya.

Hajiji berkata, Misi Penilaian Semula KUGGp yang bermula pada 10 Ogos bukan semata-mata untuk mengekalkan pengiktirafan UNESCO, tetapi merupakan peluang untuk memperkukuh institusi, menambah baik pengurusan, mempertingkat penyertaan komuniti serta memastikan nilai-nilai UNESCO diterjemahkan kepada tindakan nyata di

lapangan.

“Marilah kita beriltizam untuk menterjemahkan pengiktirafan antarabangsa ini kepada pemuliharaan yang lebih kukuh, pendidikan yang lebih baik, komuniti yang berdaya tahan serta peluang ekonomi yang lebih adil untuk rakyat kita.

“Aspirasi kita jelas, menjelang 2035, Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGp) harus menjadi model pengurusan landskap bersepadu yang diiktiraf di peringkat global, sebuah tempat di mana pemuliharaan, kesejahteraan komuniti dan kemakmuran mampan saling memperkukuh antara satu sama lain,” katanya.

Hajiji berkata, dalam hal ini, KUGGp telah diperkukuh dengan struktur tadbir urus yang jelas, manakala jawatankuasa utama iaitu Infrastruktur dan Pemerkasaan Komuniti, Pemuliharaan dan Geopelancongan; Pelancongan dan Promosi, serta Jaringan dan Kerjasama di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar beroperasi dengan hala tuju strategik keseluruhan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pemandu Geopark Sabah.

Struktur ini mencerminkan satu prinsip penting bahawa geopark merupakan tanggungjawab bersama, katanya sambil menambah bahawa antara inisiatif utama ialah penubuhan Jawatankuasa Infrastruktur dan Pemerkasaan Komuniti yang diselaraskan oleh Pejabat Daerah masing-masing di seluruh kawasan KUGGp.

“Melalui mekanisme ini, keperluan pembangunan tempatan dan keutamaan pembangunan kapasiti komuniti dikenal pasti dan diselaraskan, sekali gus membolehkan tindakan yang lebih bersepadu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan setempat secara langsung.

“Usaha terselaras jawatankuasa telah memperluaskan program seperti Program Jangkauan Geopark dan Kem Geopark, selain memperkukuh kerjasama dengan pemain industri, pengendali tapak, institusi pendidikan dan pihak berkepentingan lain menerusi inisiatif Rakan Geopark dan Sekolah Geopark.

“Program-program ini merupakan langkah penting ke arah membangunkan kemahiran, mewujudkan sumber pendapatan dan memperluaskan peluang untuk komuniti tempatan,” katanya.

Menurut Hajiji, pengiktirafan UNESCO mesti memberikan lebih daripada

sekadar prestij antarabangsa, sebaliknya perlu menyediakan peluang yang bermakna dan mampan untuk memberi manfaat kepada komuniti menerusi pelancongan dan geopelancongan yang bertanggungjawab, perusahaan berasaskan komuniti, pembangunan produk tempatan, pengalaman kebudayaan, pendidikan, latihan kemahiran, peluang pekerjaan serta penyertaan dalam proses membuat keputusan.

“Pendekatan ini selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026–2030, yang bertujuan memacu Sabah yang lebih berdaya saing, inklusif dan mampan, di samping memastikan pembangunan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat kita.

“Bagi KUGGp, ini bermakna memperluaskan akses pasaran, memperkukuh keusahawanan tempatan, menambah baik infrastruktur yang bersesuaian serta memastikan komuniti menjadi rakan kongsi aktif dalam mencorakkan pembangunan, bukan sekadar penerima manfaat secara pasif,” katanya.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada penilai UNESCO, Dr Zhang Yuanhai dan Dr Atsuko Niina, atas kepakaran dan ketelitian mereka sepanjang Misi Penilaian Semula KUGGp 2026.

Beliau berkata, setiap UNESCO Global Geopark menjalani penilaian semula setiap empat tahun dan proses ini penting bukan sahaja untuk mengekalkan pengiktirafan antarabangsa, tetapi juga bagi memastikan geopark terus memenuhi piawaian, prinsip dan tanggungjawab yang ditetapkan UNESCO.

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada penasihat saintifik KUGGp, TamanTaman Sabah sebagai agensi peneraju, agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, institusi pengajian tinggi, pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan, pemimpin masyarakat dan komuniti tempatan, serta setiap organisasi dan individu yang usaha mereka telah menjayakan misi penilaian semula ini,” katanya.

#MalaysiaMadani

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#taatsetia

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#mknsabah

Sumber: Utusan Borneo Online

The post PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN appeared first on Laman Web MKN.

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000
Facebook  0
Twitter 0
WhatsApp

MOHD AZHAR

KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai membawa nasib kurang baik dan menilik nasib dipercayai memperdaya mangsa sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM600,000.

Kegiatan sindiket itu terbongkar selepas polis menahan 12 individu dalam beberapa serbuan di Kota Kinabalu, Penampang, Keningau dan Kota Belud, Sabtu dan Ahad lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mohd Azhar Hamin berkata, operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD).

Katanya, tangkapan membabitkan 10 wanita dan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan.

“Dalam serbuan di Kota Kinabalu dan Keningau pada Sabtu lalu, polis menahan empat individu sebelum operasi diteruskan di Kota Belud pada keesokan harinya.

“Di Kota Belud, lapan lagi suspek termasuk tujuh wanita warga China ditahan,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Azhar berkata, siasatan mendapati sindiket menggunakan modus operandi dengan mendekati mangsa sebelum menawarkan bantuan berkaitan ubat tradisional, rawatan penyakit atau upacara sembahyang bagi membuang sial.

Menurutnya, suspek kemudian memperkenalkan seorang wanita yang mendakwa mampu menilik nasib, mengubat atau menjalankan upacara tertentu.

“Mangsa dipujuk menyerahkan wang tunai atau barang kemas kononnya untuk tujuan doa, jampi atau sembahyang.

“Wang atau barang kemas itu kemudian dilarikan atau ditukar dengan barangan lain sebelum dimasukkan ke dalam plastik atau beg,” katanya.

Beliau berkata, mangsa biasanya diarahkan tidak membuka plastik atau beg berkenaan dalam tempoh tertentu.

Katanya, arahan itu dipercayai bertujuan memberi masa kepada suspek melarikan diri.

“Sindiket itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya lima hingga enam kes yang dilaporkan.

“Ia dipercayai aktif sejak awal tahun ini, termasuk di Kota Kinabalu, Penampang dan Sandakan.

“Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan kira-kira RM600,000 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam operasi itu katanya, polis turut merampas 13 telefon bimbit, 13 kad SIM dan tujuh pasport.

“Wang tunai dalam mata wang Ringgit Malaysia, Renminbi dan Baht Thailand berjumlah kira-kira RM20,000 serta lima kenderaan turut dirampas,” katanya.

Mohd Azhar berkata, suspek bagi kes di Kota Kinabalu direman sehingga 14 Ogos ini.

Katanya, kertas siasatan bagi kes berkenaan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Pertuduhan bagi kes di Kota Kinabalu dijangka dibuat esok, manakala pertuduhan berkaitan kes di Sandakan dijadualkan minggu hadapan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan individu yang menawarkan khidmat rawatan, menilik nasib atau upacara membuang sial.

Katanya, orang ramai perlu berhati-hati sekiranya diminta menyerahkan wang tunai atau barang kemas bagi tujuan berkenaan.

“Sesiapa yang mengesan aktiviti mencurigakan seperti ini diminta segera membuat laporan kepada polis.

“Mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa sindiket dengan modus operandi sama juga diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan,” katanya.

#MalaysiaMadani

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#taatsetia

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#mknsabah

Sumber: Utusan Borneo Online

The post 12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000 appeared first on Laman Web MKN.

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG
Facebook  0
Twitter 0
WhatsApp

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air.

Ramai yang tidak menyedari kesalahan penggunaan bendera serta cara penggantungan yang tidak mengikut tatacara rasmi boleh mencerminkan kurangnya penghormatan terhadap simbol tertinggi negara.

Pastikan Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dengan kedudukan yang betul, bersih, tidak lusuh atau rosak serta digantung mengikut tatacara yang ditetapkan. Setiap perincian mencerminkan sejauh mana kita menghargai lambang kedaulatan negara.

Kerana di sebalik Jalur Gemilang tersimpan sejarah perjuangan, pengorbanan dan semangat sebuah bangsa yang membina Malaysia. Kibarkan dengan bangga. Hormati dengan penuh maruah. Hayati makna di sebalik setiap jalur dan warna.

Jalur Gemilang, lambang kita bersama.

Sumber : Facebook Jabatan Perdana Menteri

The post SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG appeared first on Laman Web MKN.

PASTIKAN KOPERASI TERUS BERDAYA SAING: MASIDI
Facebook  0
Twitter 0
WhatsApp

PENGHARGAAN: Masidi menerima cenderahati daripada Mohd Salleh (lapan kanan).

KOTA KINABALU: Pengurusan dan tadbir urus yang kukuh serta keupayaan menyesuaikan strategi perniagaan dengan perkembangan semasa amat penting bagi memastikan koperasi terus berdaya saing sekali gus mampu memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata,   gerakan koperasi mempunyai peranan penting dalam menyediakan peluang ekonomi kepada masyarakat, khususnya melalui aktiviti perniagaan yang mampu menjana pendapatan serta meningkatkan kesejahteraan anggota.

“Kerajaan negeri sentiasa komited untuk menyokong dan memperkasakan gerakan koperasi sebagai salah satu pemangkin pembangunan ekonomi negeri, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang menekankan pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Green Sabah Berhad yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Mohd Salleh Abbas, bersama rombongan, di pejabatnya di sini.

Masidi turut memuji peranan dan sumbangan koperasi berkenaan dalam mengembangkan kegiatan ekonomi serta meningkatkan taraf sosioekonomi anggotanya, di samping keupayaannya meneroka dan mempelbagaikan bidang perniagaan.

Katanya, Koperasi Green Sabah Berhad mempunyai pengalaman luas dalam gerakan koperasi setelah ditubuhkan pada 1959, dan telah menunjukkan keupayaan untuk terus berkembang serta menyesuaikan pendekatan perniagaannya dengan perubahan landskap ekonomi semasa.

“Keupayaan untuk mempelbagaikan kegiatan perniagaan dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa wajar dijadikan contoh oleh koperasi lain di Sabah, khususnya dalam usaha mengenal pasti bidang yang mempunyai potensi pertumbuhan,” katanya.

Dalam kunjungan itu, Masidi turut diberi taklimat mengenai perkembangan semasa, aktiviti perniagaan serta perancangan koperasi berkenaan.

Masidi menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap hubungan serta kerjasama antara kerajaan negeri dan koperasi berkenaan dapat terus diperkasa, khususnya dalam menyokong pembangunan ekonomi serta memperluas peluang ekonomi kepada masyarakat di Sabah.

#MalaysiaMadani

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#taatsetia

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#mknsabah

Sumber: Utusan Borneo Online

The post PASTIKAN KOPERASI TERUS BERDAYA SAING: MASIDI appeared first on Laman Web MKN.

JBPM SABAH TERIMA 15 KENDERAAN OPERASI RINGAN
Facebook  0
Twitter 0
WhatsApp

ASET: 15 Unit LOV Memperkasakan Kesiapsiagaan Serta Keupayaan Operasi Jabatan, Khususnya Di Sabah.

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima 15 unit Light Operation Vehicle (LOV) berkeupayaan pacuan empat roda bagi memperkukuh keupayaan operasi kecemasan di seluruh negeri.

Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Lizalman Abu berkata, LOV berkenaan akan diagihkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di seluruh Sabah mengikut keperluan operasi.

“Kenderaan ini direka bagi menyokong pelbagai tugasan kecemasan, rondaan dan logistik, ia turut digunakan untuk tugasan sokongan di kawasan bandar dan luar bandar.

“Aset ini juga dapat membantu operasi ketika berdepan situasi bencana serta kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi mencabar.

“Penerimaan 15 unit LOV itu menjadi langkah penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan mobiliti JBPM Sabah,” katanya semasa majlis penyerahan dan agihan aset itu diadakan di Ibu Pejabat JBPM Sabah, di sini, hari ini.

Bercakap lanjut beliau berkata, aset berkenaan turut meningkatkan keupayaan respons pasukan bomba dalam menghadapi cabaran operasi di negeri ini.

LOV:Lizalman Mengagihkan Replika Kunci Sebagai Simbolik Pengagihan 15 Unit LOV Di BBP Seluruh Sabah.

“Sabah mempunyai kawasan geografi yang luas dengan pelbagai bentuk muka bumi, sekali gus memerlukan aset yang sesuai bagi menyokong pergerakan pasukan di lapangan.

“JBPM merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas kelulusan keperluan LOV bagi memperkasakan kesiapsiagaan serta keupayaan operasi jabatan, khususnya di Sabah,” katanya.

#MalaysiaMadani

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#taatsetia

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#mknsabah

Sumber: Utusan Borneo Online

The post JBPM SABAH TERIMA 15 KENDERAAN OPERASI RINGAN appeared first on Laman Web MKN.