PENDAKI CHINA CEDERA TERJATUH DI GUNUNG KINABALU DISELAMATKAN

Pasukan penyelamat mengangkat mangsa yang cedera untuk dibawa ke Timpohon Gate sebelum dihantar ke hospital. FOTO IHSAN BOMBA

 

Ranau: Pendaki warga China diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika turun dari puncak gunung di kawasan Kilometer 7.5 di sini, hari ini.y

Lelaki berusia 43 tahun itu dilaporkan mengalami pendarahan di kepala dan telinga selepas belakang kepalanya terhantuk ke tanah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.35 pagi.

Menurutnya, sepasukan 14 pegawai dan anggota termasuk MOSAR serta malim gunung dan anggota ParkSAR dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa, pasukan penyelamat terus memberikan rawatan awal bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya turun ke Timpohon Gate dengan menggunakan kaedah ‘piggyback carry’ oleh pasukan MOSAR, malim gunung dan ParkSAR.

“Sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans dan dibawa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

“Operasi tamat pada 1.35 tengah hari,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Metro Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …