Banjir boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antaranya banjir monsun, banjir kilat, banjir pantai dan banjir cenang. Hujan lebat berterusan, air pasang, sistem saliran tidak mencukupi serta halangan dalam sungai antara faktor yang boleh meningkatkan risiko banjir.
Jangan tunggu sehingga bencana berlaku! Kenali risiko di kawasan anda, peka terhadap amaran cuaca dan sentiasa bersedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027. Utamakan keselamatan diri dan keluarga serta patuhi arahan pihak berkuasa.
Sumber : Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri



