PROGRAM 1st DAY AT SCHOOL 2022

   

Seremban, 21 Mac 2022 – Telah berlangsung Pelancaran Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Program 1st Day At School 2022 Peringkat IPD Seremban bertempat di SK Wawasan dan SJK (T) Convent, Seremban.

Program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra dan koloborasi yang lebih mantap antara sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dengan kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral.

OBJEKTIF

Membantu pihak sekolah mengamalkan norma baru serta SOP dipatuhi sepenuhnya.
Meneruskan kerjasama keselamatan di dalam membantu pihak sekolah sepanjang tempoh persekolahan.
Memberi bantuan berbentuk khidmat nasihat sekirannya diperlukan oleh pihak sekolah.

Turut hadir, ACP Nanda bin Ma’arof – Ketua Polis Daerah Seremban, Tuan Haji Norazam bin Hj Nayan – Pegawai Pendidikan Daerah Seremban, SUPT Mohd Rosli bin Ishak – Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, DSP Mohd Zahir bin Mamat@Mohamad – Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Seremban, En. Shahrom bin Sukero – Guru Besar SK Wawasan, En. Krishnan a/l Perumal – Guru Besar SJK (T) Convent.

   

Sumber : FB IPD Seremban

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …