Fenomena kenderaan rosak, buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak parkir awam, PPR dan bahu jalan semakin kritikal.Di seluruh negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merekodkan 2,112 kenderaan tersadai di 64 kawasan Perumahan Awam dan PPR, yang mana telah mencetuskan krisis ruang dan keselamatan.
Menyoroti impak perlakuan/kecuaian ini kepada masyarakat, maka dapat ditimbulkan bahawa keselamatan jalan raya terancam. Hal ini demikian disebabkan, kenderaan tersadai di bahu jalan tanpa segi tiga amaran menjadi punca kemalangan maut.
Antara rujukan kes berlaku di negeri Terengganu ialah dua sepupu maut apabila kereta terbabas merempuh lori 16 tan yang diletak di tepi jalan KM13.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Rusila.Di atas lebuhraya misalnya kes serupa di Lebuhraya PLUS KM216 Alor Gajah apabila seorang remaja maut merempuh belakang lori rosak di lorong kecemasan.Seterusnya kesengsaraan komuniti terpalit sama. Kenderaan terbiar akan menghalang laluan bomba/ambulans dan menjadi sarang Aedes, tikus dan ular, serta menjejaskan estetika.Di Shah Alam sebagai contoh, pihak berkuasa tempatan, MBSA melaporkan ratusan kenderaan memenuhi depoh selepas ditunda dari parkir awam.
Terkesan juga dari sudut ekonomi yang mana telah menjurus kepada kerugian ekonomi PBT. Proses pelupusan rumit, perlu disimpan berbulan-bulan sebelum lelong malah juga mengganggu aliran kutipan parkir letak kenderaan di parkir-parkir awam berlesen.Dibawakan juga rekod kes kemalangan di Terengganu dalam tempoh 2023 – Okt 2026.Statistik PDRM Terengganu menunjukkan jumlah kemalangan keseluruhan 11,237 kes dari Jan-Okt 2024 sahaja, dengan 10,532 kes kategori kemalangan rosak (kerosakan harta).
Daripada 290 kemalangan di LPT2 didapati sejumlah 15 kes berpunca masalah mekanikal kenderaan. Pada 2025 misalnya, JPJ Terengganu memeriksa 81,107 motosikal dan menyita 806 buah kerana tidak roadworthy.Pihak PDRM juga turut mengenal pasti 21 kawasan blackspot termasuk 5 di Besut, 4 di Marang, 3 di Hulu Terengganu.
Mari kita lihat akan langkah Menangani perkara ini berdasarkan Seksyen 46(1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta).Pihak PBT berkuasa keluarkan notis 7 hari, tawar kompaun dan tunda ke depoh seumpamanya. KPKT melalui pekeliling Bil.2/2020 telah memendekkan tempoh pelupusan dari 12 bulan kepada 2-4 bulan.Pemilik kenderaan terbiar juga digalakkan guna program e-Dereg JPJ bersama Car Medic Sdn Bhd untuk pelupusan sukarela secara sah. Orang awam boleh adu melalui aplikasi Respon Rakyat atau i-Adu PBT.
Sumber:
1.Sinar Harian, mStar (Prosedur PBT Lupus Kereta Tersadai),
2.Harian Metro, Bernama, KPKT.



