Isu perjudian dalam talian (judi online) di Malaysia kini semakin membarah dan menjadi barah sosial dalam kalangan belia. Berdasarkan kenyataan PDRM, saban minggu sindiket ditumpaskan dan ribuan laman sesawang disekat.Modus operandi semakin canggih, memanfaatkan platform Facebook, Telegram dan TikTok, malah menggunakan pempengaruh media sosial serta menawarkan ganjaran lumayan untuk menarik penyertaan belia.
Impaknya amat serius. Dari sudut sosial, ketagihan judi online menyebabkan keruntuhan institusi keluarga, peningkatan kes hutang Ah Long, kecurian, dan kemurungan. Dari sudut ekonomi, PDRM menegaskan judi haram menjejaskan kestabilan ekonomi negara.Statistik nasional menunjukkan skala besar: Melalui *Op Soga XI* sempena Piala Dunia FIFA 2026, PDRM melaksanakan 422 serbuan dengan *554 individu ditahan* (508 lelaki, 46 wanita) dengan nilai pertaruhan RM3.24 juta dirampas.
Sebanyak 263 laman web dan aplikasi dikesan. Melalui *Op Dadu Khas* pada September 2026, 74 warga asing ditahan di 8 premis di KL yang menjadi pusat panggilan judi online. MCMC pula merekodkan 271,472 kandungan online diminta diturunkan, 91% melibatkan penipuan dan judi online.
Merujuk kepada contoh kes perjudian di Terengganu, PDRM sebelum ini berjaya melumpuhkan sindiket judi online di kafe siber Besut dengan tangkapan 4 lelaki berusia 21-41 tahun termasuk pemilik dari Kluang, bersama rampasan RM7,000 deposit bank.Usai impak, kita merumuskan pula langkah menangani masalah judi atas talian ini di mana tindakan seperti di bawah perlu dilaksanakan secara tuntas dan berterusan iaitu :
Penguatkuasaan Total Enforcement* oleh PDRM (D7) bersama MCMC untuk sekat domain dan tindakan AMLA untuk pengubahan wang haram bagi pengusaha dan penganjur judi atas talian.Pendidikan Digital di sekolah juga amat diperlukan dan peranan ibu bapa memantau transaksi e-wallet anak.
Pindaan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang dilihat lapuk untuk perangi judi tanpa sempadan. Hal ini perlu seiring dengan arus kemodenan dan halangan masa kini yang menjurus kepada lambakan medium dan perisian input perjudian di persekitaran hidup kita.Akhirnya, ingatlah judi tidaklah mengkayakan anda sebaliknya merosakkan hidup anda dan keluarga.
Sumber:
1.Sinar Harian (Judi Online Kian Membarah , 23 Feb 2026)
2.Bernama, Jendela Madani (Kenyataan Menteri Dalam Negeri , 16 Okt 2026),



