PENGENDALI TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL PULAU BURUNG DI PULAU PINANG GAGAL PATUH NOTIS JAS DIDENDA DI MAHKAMAH

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Mahkamah Seksyen Jenayah 2, Butterworth, Pulau Pinang pada 21 Mac 2022 telah menjatuhkan hukuman denda ke atas pengendali Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Pulau Burung (Fasa 3) iaitu syarikat PLB Terang Sdn Bhd. PLB Terang Sdn Bhd  telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan atas kesalahan di bawah Seksyen 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu berkaitan kegagalan mengemukakan maklumbalas mengikut  Notis Arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang bertarikh 25 November 2020. Notis Arahan tersebut mengarahkan PLB Terang untuk mengemukakan beberapa laporan teknikal berkaitan pengurusan biomas, pengurusan risiko gas, pelan kontigensi air larut resap (leachate) serta lain-lain langkah-langkah kawalan alam sekitar di lapangan.

Hakim Pn Noor Aini binti Yusof telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap OKS dengan denda sebanyak RM1,500.00. Pengurus Besar yang mewakili syarikat terbabit hadir bersama peguam, Yoges & Co semasa sebutan kes tersebut dibacakan. Kes di atas merupakan salah satu daripada kes-kes melibatkan PLB Terang yang telah difailkan di mahkamah.

Sumber: Facebook Jabatan Alam Sekitar

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …