MYFUTUREJOBS: TEMUDUGA DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Pengurusan Peluang Pekerjaan Warga Tempatan)

Pusat Sehenti MYFutureJobs adalah inisiatif untuk memperkasakan kerjasama antara Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO dengan Institusi/Agensi dalam memperluaskan penyampaian perkhidmatan dalam membantu golongan pencari kerja yang memerlukan bantuan perkhidmatan pekerjaan di seluruh Malaysia untuk mendaftar dan mencari perkerjaan melalui portal MYFutureJobs disamping menyediakan program perkhidmatan pekerjaan yang komprehensif, intensif dan inklusif dengan kendalian Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Negeri dengan bantuan pegawai/pengurus agensi berkenaan yang terlatih.

Matlamat Pusat Sehenti MYFutureJobs adalah untuk mewujudkan kerjasama antara SIP PERKESO dengan Kementerian Luar Bandar (KPLB) melalui Pusat Komuniti Desa (PKD), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Pusat Internet Komuniti (PIK), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan lain-lain agensi bagi membantu golongan pencari kerja mendaftar dalam portal MYFutureJobs dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang sedia ada untuk mencari pekerjaan.

Sehubungan itu, di Negeri Pulau Pinang “TEMU DUGA TERBUKA KHAS GRADUAN” anjuran PERKESO NEGERI PULAU PINANG telah dirancang seperti berikut:

TARIKH : 26 MAC 2022 ( SABTU )
MASA : 9.00 Pagi – 4.00 petang
TEMPAT : TINGKAT 3, PEJABAT PERKESO GEORGETOWN, PULAU PINANG

Pautan Pra Pendaftaran : https://bit.ly/GRADUAN123

Orang ramai yang berminat boleh merujuk senarai jawatan kosong seperti dibawah:

Sumber : Laman Facebook MyFutureJobs

 

Artikel/Berita Terkini

PANGGILAN SENYAP BUKAN SEMESTINYA SELAMAT!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PANGGILAN SENYAP …

TANGKAPAN CURI KABEL OLEH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD ALOR GAJAH

Alor Gajah – Kejayaan besar dicatatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah apabila …

PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Keselamatan jalan …