KES JENAYAH KOMERSIAL DI TERENGGANU SEMAKIN MENURUN

Polis Terengganu menyifatkan bahawa kes jenayah komersial di Terengganu pada 2023 merekodkan penurunan berbanding tahun sebelumnya. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, sebanyak 1,237 kes jenayah komersial membabitkan jumlah kerugian RM33.32 juta sepanjang tahun 2023, berbanding 1,311 kes dengan kerugian RM24.32 juta pada 2022.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu menunjukkan peningkatan kerugian pada tahun 2023 sebanyak RM8.9 juta atau 37 peratus berbanding tahun 2022. Bagi tangkapan kes jenayah komersial pula seramai 658 tangkapan bagi tahun 2023, berbanding 536 tangkapan pada 2022 iaitu peningkatan seramai 122 tangkapan atau 18.54 peratus.

Bagi tempoh 1 Januari hingga 27 Januari tahun ini, sebanyak 393 laporan polis telah diterima dan 94 kertas siasatan telah dibuka melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM1.4 juta. Penyumbang utama kes jenayah komersial adalah melibatkan kes penipuan yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan penipuan kes skim pelaburan tidak wujud didapati menjadi penyumbang tertinggi kepada jumlah kerugian.

Justeru pihak polis menasihati masyarakat supaya sentiasa peka, berwaspada serta membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi, selain mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan skim pelaburan.

Sumber: TRDI/ UPDI

 

Artikel/Berita Terkini

Kebenaran Memang Pahit Untuk Ditelan, Tetapi Membisu Juga Satu Moral Integriti Yang Kecundang

Realiti di tempat kerja sering kali menyaksikan kebenaran menjadi sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Tidak ramai individu mahupun ketua …

93 PTI DITAHAN DALAM 15 OPERASI IMIGRESEN DI SABAH

OPERASI: Antara PTI yang ditahan JIM Sabah dalam operasi berkenaan. KOTA KINABALU: Seramai 93 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan Jabatan …

BELAJAR MELIHAT, KEMUDIAN BERANI MELIHAT SECARA BERBEZA

Di dalam dunia yang semakin kompleks, ancaman keselamatan tidak semestinya hadir dalam bentuk yang jelas dan mudah dikenal pasti. Ada …