NELAYAN ‘TANGKAP’ PATI MENDARAT DI KUALA DULANG KECHIL

Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar tidak sempat mencari pekerjaan di negara ini selepas dicekup sekumpulan nelayan ketika mendarat di Kuala Dulang Kechil, di sini awal pagi tadi.

Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan empat perempuan berusia antara 15 hingga 33 tahun dikejar nelayan sejauh hampir 200 meter.

Mereka sebelum itu dikesan mendarat di pintu kuala menggunakan sebuah bot gentian berukuran sembilan meter panjang.

Seorang nelayan, Zafri Aiman Jalmen, 23, berkata, dia menyedari sesuatu yang tidak kena apabila melihat sebuah bot menghampiri kawasan pintu kuala sewaktu hendak ke laut kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.

“Biasanya pada waktu itu, hanya bot nelayan yang keluar ke laut akan kelihatan dan bukan bot memasuki kuala menyebabkan saya dan rakan terpanggil untuk melihatnya dari dekat.

“Saya kemudian terkejut apabila melihat sekumpulan orang menggalas beg pakaian turun dari bot berkenaan dan berjalan di atas batu penghadang ombak ke kawasan lapang di sini,” katanya ketika ditemui di Kuala Dulang Kechil, di sini hari ini.

Menurut Zafri, dia kemudian menyergah kumpulan tersebut menyebabkan kesemua mereka lari ke arah taman permainan kanak-kanak yang terdapat di situ.

“Saya terus menjerit memanggil rakan lain yang sedang membuat persiapan untuk ke laut untuk membantu menahan kumpulan warga asing tersebut.

“Akhirnya disebabkan kawasan taman kanak-kanak itu berpagar, kumpulan PATI terbabit tidak dapat meloloskan diri sebelum ditahan oleh kami,” ujarnya.

Dia yang merupakan penduduk tempatan berkata, semasa ditahan mereka sempat bertanya kepada PATI itu dan dimaklumkan kesemua mereka dibawa dari Langkawi dan terpaksa menempuh perjalanan selama lebih lima jam sebelum sampai di Kuala Dulang Kecil pagi tadi.

“Keenam-enam PATI itu mengaku memasuki negara ini dengan bantuan tekong untuk mencari pekerjaan. Mereka seterusnya diserahkan kepada Kumpulan Rukun Tetangga sebelum tangkapan semula dilakukan polis yang tiba ke lokasi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji yang dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata pihaknya kini menahan kesemua PATI dan melakukan  proses dokumentasi. 

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut