93 PTI DITAHAN DALAM 15 OPERASI IMIGRESEN DI SABAH

OPERASI: Antara PTI yang ditahan JIM Sabah dalam operasi berkenaan.

KOTA KINABALU: Seramai 93 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menerusi 15 operasi penguatkuasaan di enam daerah di negeri ini, dari 20 hingga 23 Oktober lalu.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Sitti Saleha Habib Yussof berkata, seramai 255 individu diperiksa sepanjang operasi yang dijalankan di Kota Kinabalu, Kudat, Keningau, Ranau, Lahad Datu dan Semporna.

Katanya, daripada jumlah itu, 93 individu ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen, membabitkan 64 warga Filipina, 18 warga Indonesia dan 11 warga Pakistan.

“Warga Filipina yang ditahan terdiri daripada 18 lelaki, 21 wanita, lapan kanak-kanak lelaki dan 17 kanak-kanak perempuan.

“Tahanan warga Indonesia pula membabitkan enam lelaki, lima wanita, lima kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan, manakala semua 11 warga Pakistan adalah lelaki dewasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan dilaksanakan bagi membanteras kehadiran PTI serta mengekang penyalahgunaan kemudahan imigresen.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan di lokasi strategik di seluruh Sabah bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen.

Dalam pada itu, katanya, orang ramai diingatkan supaya tidak melindungi, menggaji atau membantu warga asing yang melanggar undang-undang negara.

“Sebarang maklumat berkaitan kegiatan PTI boleh disalurkan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) atau Sistem Pertanyaan Online (SPO) JIM,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

Kebenaran Memang Pahit Untuk Ditelan, Tetapi Membisu Juga Satu Moral Integriti Yang Kecundang

Realiti di tempat kerja sering kali menyaksikan kebenaran menjadi sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Tidak ramai individu mahupun ketua …

93 PTI DITAHAN DALAM 15 OPERASI IMIGRESEN DI SABAH

OPERASI: Antara PTI yang ditahan JIM Sabah dalam operasi berkenaan. KOTA KINABALU: Seramai 93 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan Jabatan …

BELAJAR MELIHAT, KEMUDIAN BERANI MELIHAT SECARA BERBEZA

Di dalam dunia yang semakin kompleks, ancaman keselamatan tidak semestinya hadir dalam bentuk yang jelas dan mudah dikenal pasti. Ada …