WARGA ASING TURUT MENIKMATI HARGA BARANG SUBSIDI

Saban tahun, kehadiran warga asing di Malaysia menunjukkan peningkatan yang sangat ketara. Dada-dada akhbar dan media sosial seringkali memaparkan isu-isu berkaitan dengan warga asing dalam pelbagai reaksi negatif. Negara ini dibanjiri oleh pekerja warga asing serta pendatang tanpa Izin (PATI) dalam pelbagai sektor pekerjaan. Hal ini secara tidak langsung memberikan impak kepada kesejahteraan hidup kepada rakyat Malaysia.

 

Rata-rata PATI yang ditangkap menyatakan bahawa Malaysia merupakan destinasi negara pilihan utama mereka untuk meneruskan kehidupan setelah diusir atau menemui kebuntuan cara hidup di negara asal. Selain itu, sifat pemurah dan bertimbang rasa rakyat Malaysia juga merupakan antara sebab mendorong mereka untuk memilih Malaysia sebagai negara destinasi bagi meneruskan kehidupan dan mencari rezeki.

 

Sikap tidak memilih pekerjaan dan kerajinan warga asing serta PATI dalam mencari pekerjaan atau peluang perniagaan dilihat sangat memberi impak kepada sektor ekonomi setempat. Sesetengah tempat dilihat mula dikuasai oleh mereka dengan tidak mengendahkan undang-undang yang dikuatkuasakan di negara ini. Hal ini mewujudkan ketidakpuasan masyarakat setempat terhadap golongan tersebut.

 

Walaupun begitu, masih ramai rakyat Malaysia yang kurang cakna bahawasanya warga asing ini turut sama-sama menikmati harga barang subsidi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Tular di media massa baru-baru ini, isu kekurangan minyak peket yang bersubsidi di pasaran daerah Kuala Muda. Setiap keluarga hanya dibenarkan membeli sebungkus sahaja minyak tersebut. Malah terdapat kedai yang langsung tidak mempunyai bekalan minyak peket bersubsidi tersebut.

 

Namun begitu, terdapat pasaraya dan kedai-kedai yang mempunyai minyak peket bersebut menjual sewenang-wenangnya kepada warga asing tanpa apa-apa syarat. Setiap warga asing yang membeli boleh membeli minyak subsidi tersebut dengan mudah dan tanpa apa-apa persoalan.

 

Sepatutnya pihak penjual perlu ada rasa tanggungjawab terhadap negara bagi memastikan tiada kebocoran subsidi kerajaan kepada warga asing walaupun perkara tersebut tidak menyalahi undang-undang negara pada masa kini. Mungkin telah sampai waktunya pihak kerajaan mewujudkan suatu akta yang menyatakan bahawa barangan subsidi kerajaan hanya untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja. Mana-mana pihak atau penjual yang menjual barang bersubsidi kepada warga asing akan dikenakan tindakan undang-undang. Dengan adanya akta tersebut, ia memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang kepada penjual yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

 

Kita sebagai rakyat Malaysia, perlu mempunyai semangat patriotik yang tinggi kepada negara kita ini. Sumbangan dan rasa tanggingjawab terhadap negara akan mendorong kita untuk bersatu hati dalam memastikan kedaulatan dan keamanan negara kita terpelihara dari sebarang ancaman. Oleh itu, marilah kita bersatu hati berganding bahu seiring dengan usaha pihak Kerajaan dalam memerangi isu lambakan warga asing ini. Selagi rakyat kita membuka peluang kepada mereka, selagi itulah usaha ini tidak mencapai hala tuju yang ditetap. Malahan selagi itulah kita akan sama-sama berkongsi nikmat subsidi Kerajaan bersama mereka dan selagi itulah Malaysia menjadi DESTINASI MEREKA.

 

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Kedah

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut