PELAJAR MAKIN TERDEDAH GEJALA MENTAL

KECENDERUNGAN BUNUH DIRI REMAJA KIAN MEMBIMBANGKAN

  • Masalah kesihatan mental terutamanya dalam kalangan pelajar didapati semakin membimbangkan dengan bilangan pelajar yang mempunyai idea untuk membunuh diri didapati meningkat kepada 13.1% pada 2022 membabitkan lebih 4,300 orang, berbanding 10% pada lima tahun sebelumnya.
  • Ketua Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Dr. Nurashikin Ibrahim berkata, Tinjauan Kesihatan Remaja (AHS) oleh Institut Kesihatan Umum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas 33,523 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun pada tahun lalu turut mendedahkan peningkatan peratusan mereka yang mempunyai tingkah laku merancang untuk membunuh diri.
  • Sebanyak 239 sekolah menengah dipilih secara rawak untuk menyertai kajian tersebut.

 

TINGKAH LAKU PELAJAR CENDERUNG RAGUT NYAWA SENDIRI

Tingkah laku 2017 2022
Ada idea untuk bunuh diri 10% 13.1%
Merancang bunuh diri 7.3% 10%
Percubaan bunuh diri 6.9% 9.5%
Mengalami masalah murung 18.3% 26.9%
Rasa sunyi 9.3% 16.2%

Sumber: Tinjauan Kesihatan Remaja (AHS) oleh Institut Kesihatan Umum KKM 2017 & 2022

 

  • Hasil kajian ini memberi satu petunjuk kepada semua pihak bahawa perhatian serius perlu diberikan kepada isu kesihatan mental pelajar sekolah.
  • Penyakit mental kini berada di ranking kedua masalah kesihatan utama Malaysia selepas penyakit jantung dan ianya ketara meningkat ketika negara bergelut dengan krisis pandemic COVID-19.

 

SIMPTOM AWAL

  • Kemurungan, kebimbangan, sedih berpanjangan
  • Mengasingkan diri dan bersendirian lebih kerap
  • Sukar memberikan tumpuan terhadap pelajaran
  • Hilang minat terhadap persekitaran manakala produktiviti menurun
  • Perubahan tingkah laku seperti cepat marah, putus harapan dan mencederakan diri

PUNCA

  • Masalah psikososial, sosioekonomi, budaya dan persekitaran, kemiskinan selain harapan tinggi ibu bapa terhadap pencapaian akademik.

BANTUAN

  • Hubungi talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental KKM, Talian HEAL 15555 untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan emosi dan bantuan awal psikologi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

WARGA ASING SALAH GUNA PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK BEKERJA: JIM TERENGGANU PERHEBAT PENGUATKUASAAN

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu terus mempergiatkan penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki menyalahgunakan pas atau permit imigresen, termasuk …

PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL

𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan pulang tahanan warganegara Thailand ke …

CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR

Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal.  Jika …