PENYAKIT MENTAL; MASALAH KESIHATAN KEDUA UTAMA

  • Masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah didapati semakin membimbangkan dengan bilangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang mempunyai idea untuk membunuh diri meningkat kepada 13.1% pada 2022 berbanding 10%, lima tahun sebelumnya.
  • Antara punca gangguan mental berkenaan termasuklah tekanan akademik, penggunaan media sosial yang tidak terkawal, masalah keluarga, desakan rakan sebaya dan harapan tinggi ibu bapa terhadap pencapaian pelajar dalam peperiksaan.
  • Dapatan berdasarkan Tinjauan Kesihatan Remaja oleh Institut Kesihatan Umum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu harus menyedarkan semua pihak agar memberi perhatian serius terhadap masalah golongan remaja ini. Tambahan pula penyakit mental kini telah menjadi masalah kesihatan kedua utama di Malaysia selepas penyakit jantung.
  • Pakar mendapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesihatan mental pelajar pada masa kini antaranya:

KRISIS INSTITUSI KELUARGA

  • Pakar Kesihatan Awam, Dr. Nurashikin Ibrahim berkata, peningkatan peratusan rasa sunyi dalam kalangan remaja, yang merupakan salah satu symptom penyakit mental, bukanlah disebabkan golongan itu tidak mempunyai kawan. Tetapi, mungkin akibat tiada atau kurang komunikasi bersama ibu bapa.
  • Kemurungan sama ada di pelbagai peringkat usia perlu di diagnosis sebelum rawatan selanjutnya diberikan.
  • Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) sentiasa meningkatkan libat urus bersama agensi termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu mengurus kesihatan mental dalam kalangan pelajar terbabit.
  • Antara program yang dijalankan adalah Minda Sihat Sekolah, Ekspresi Remaja Lestari selain Program Siswa Sihat di peringkat universiti.

JANGKAAN PENCAPAIAN AKADEMIK YANG CEMERLANG

  • Peningkatan isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar dipengaruhi beberapa faktor antaranya tekanan akademik.
  • Ramai dalam kalangan pelajar menghadapi persaingan sengit dari segi akademik, termasuk jangkaan tinggi daripada orang sekeliling. Hal ini akan membawa kepada tekanan prestasi dan beban pelajaran yang berlebihan.
  • Budaya berlumba-lumba mengejar kecemerlangan akademik anak-anak dalam kalangan ibu bapa akhirnya akan memberi beban dan tekanan. Perkara ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada stres, kebimbangan dan kemurungan.

FAKTOR PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL TIDAK TERKAWAL

  • Tidak dinafikan, penggunaan media sosial pada masa kini ada baik buruknya. Dalam perkembangan teknologi yang semakin pesat, media sosial merupakan platform terbaik untuk saling berhubung.
  • Antara kesan negatif termasuk buli siber, perbandingan sosial dengan individu lain dalam media sosial dan perasaan tidak cukup.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

TIPS KEKAL SIHAT KEPADA BAKAL HAJI TAHUN 2024 INI

Kepada bakal jemaah haji, berikut adalah vaksin yang wajib dan amat digalakkan untuk diambil : Wajib – Meningococcal Amat digalakkan …
Maklumat Lanjut

MASALAH KEWANGAN SALAH SATU PUNCA KESIHATAN MENTAL

Pada 4 Oktober 2023, Public Health Malaysia telah menggunakan platform media social facebook bagi membuat tinjauan punca yang menjejaskan kesihatan …
Maklumat Lanjut

MELUASKAN AKSES DAN MENINGKATKAN KUALITI DALAM PENDIDIKAN BERI MAKNA KEMERDEKAAN NEGARA

Pendidikan merupakan perkara penting dalam alaf pemodenan pada hari ini. Semenjak di dalam kandungan, kanak-kanak telah didedahkan dengan pelbagai bentuk …
Maklumat Lanjut