KUNJUNG HORMAT KEPADA PEGAWAI DAERAH POKOK SENA

Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid telah mengadakan kunjung hormat kepada Encik Mohamad Rizal Mohamad Radzi, Pegawai Daerah Pokok Sena di pejabat beliau sebentar tadi.

Sesi kunjungan hormat ini diadakan sempena dengan pelantikan Encik Mohamad Rizal sebagai Pegawai Daerah Pokok Sena yang baharu. Pertemuan di antara kedua pihak ini juga telah membincangkan beberapa isu setempat berkait keselamatan secara keseluruhannya.

Kerjasama erat di antara agensi persekutuan dan negeri akan terus mengukuhkan tahap keselamatan dan keyakinan rakyat terhadap keupayaan agensi dalam melindungi dan memastikan keadaan negeri kekal aman dan sejahtera.

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …