LEBIH 18 JUTA ANCAMAN SIBER DIKESAN DI MALAYSIA PADA 2025

Syarikat keselamatan global, Kaspersky mendedahkan sebanyak 18.8 juta ancaman siber berasaskan web dikesan di Malaysia sepanjang tahun 2025, dengan purata melebihi 51,000 percubaan insiden berniat jahat setiap hari. Berdasarkan data “Kaspersky Security Network”, aktiviti melayari laman web bagi mengakses perkhidmatan dalam talian serta memuat turun fail kekal menjadi titik masuk paling utama bagi penjenayah siber.

Pada 2025, sebanyak 26.7 peratus pengguna di Malaysia berhadapan ancaman bawaan web, sekali gus meletakkan negara pada kedudukan ke-42 dunia bagi pendedahan risiko berkaitan aktiviti melayari internet. Ancaman berkenaan biasanya tersebar menerusi laman web yang diceroboh, skrip berniat jahat, pautan palsu atau kelemahan perisian pada pelayar serta pemalam (plugins).

Dalam sesetengah kes, pengguna mungkin mencetuskan ‘muat turun pandu lalu’ secara tidak sengaja. Kod berniat jahat ini berjalan secara automatik hanya dengan melawat laman web yang dijangkiti tanpa perlu klik atau memasang apa-apa aplikasi secara sengaja. Terdapat juga serangan yang bergantung kepada halaman pancingan data (phishing) atau pautan mengelirukan bagi menyerupai produk atau perkhidmatan sah.

Bagi memastikan keselamatan terjamin, Kaspersky menyarankan pengguna agar sentiasa memerhati tanda amaran pancingan data pada laman web, mesej teks, e-mel dan bentuk komunikasi lain. Pengguna juga digesa menyemak pautan sebelum klik, membuat salinan sandaran (backup), mengimbas perisian hasad, menggunakan perlindungan siber perniagaan, serta sentiasa mengemas kini perisian dan sistem operasi.

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

Barah Judi Atas Talian di Kalangan Belia Membimbangkan: Impak dan Langkah Menangani

Isu perjudian dalam talian (judi online) di Malaysia kini semakin membarah dan menjadi barah sosial dalam kalangan belia. Berdasarkan kenyataan …

Kenderaan Rosak Tersadai Di Parkir Awam dan Tepi Jalan: Impak dan Langkah Menangani

Fenomena kenderaan rosak, buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak parkir awam, PPR dan bahu jalan semakin kritikal.Di seluruh negara, …

Kes Penemuan Mayat Bayi Tanpa Kepala di Hulu Terengganu: Di Mana Kepincangan dan Penyudahnya

Penemuan mayat bayi tanpa kepala di dalam longkang Taman Perumahan Padang Setengge, Hulu Terengganu pada 16 Oktober 2026 telah menggemparkan …