AWAS! PENIPUAN MENYAMAR SEBAGAI GURU

“Scammer” kini semakin licik apabila menyamar sebagai guru dan menyasarkan ibu bapa melalui aplikasi WhatsApp. Suspek menggunakan identiti guru sebenar dan menghantar kod QR pembayaran palsu bagi memperdaya mangsa untuk membuat bayaran ke akaun mereka.

Jangan mudah terpedaya, sentiasa buat pengesahan terlebih dahulu sebelum memindahkan wang dengan menghubungi nombor asal individu berkenaan dan menyemak nombor akaun penerima.

Elakkan mengimbas kod QR yang meragukan, jangan berkongsi maklumat peribadi dan laporkan segera kepada pihak polis sekiranya menjadi mangsa. Ingat, berwaspada adalah benteng terbaik untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Sumber: PDRM

Artikel/Berita Terkini

TIGA DITAHAN KES PUKUL, UGUT BAKAR RUMAH

TANGKAP: Semua ditahan polis bagi membantu siasatan kes memukul seorang individu dan mengugut membakar rumah kongsi di Kampung Tanah Merah, …

PERKUKUH SINERGI PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN KAWASAN PERAIRAN MELAKA

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, mengetuai lawatan kerja bersama agensi strategik ke Rumah …

Barah Judi Atas Talian di Kalangan Belia Membimbangkan: Impak dan Langkah Menangani

Isu perjudian dalam talian (judi online) di Malaysia kini semakin membarah dan menjadi barah sosial dalam kalangan belia. Berdasarkan kenyataan …