ISU PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN: JANGAN SEBAR KANDUNGAN CETUS KEKELIRUAN, 3R

Polis menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang kandungan yang boleh mencetuskan kekeliruan, keresahan awam atau menyentuh sensitiviti berkaitan agama, raja dan kaum (3R) berhubung isu semasa di Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata orang awam perlu bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan, ulasan atau perkongsian sama ada secara fizikal atau di platform digital.

Tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang perbuatan berbentuk ugutan, provokasi, hasutan, fitnah serta penyebaran maklumat palsu yang menyalahi undang-undang. Dalam masa sama,  Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal mengutamakan keselamatan, ketenteraman awam dan keamanan negeri termasuk melindungi nyawa serta harta benda orang ramai.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya menghormati adat perpatih serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 yang menjadi teras kedaulatan pemerintahan dan perpaduan negeri.

PDRM tidak akan mencampuri urusan berkaitan agama dan adat resam yang termaktub di bawah undang-undang tersebut. Sehubungan itu, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara serta menghormati proses yang sedang berlangsung.

 

Sumber: Berita RTM

 

Artikel/Berita Terkini

MAJLIS PERISYTIHARAN KUALA TERENGGANU SEBAGAI BANDAR RAYA

Pada 1 Januari  dalam tahun 2008, Kuala Terengganu dinaik taraf sebagai bandar raya dalam satu majlis perisytiharan yang diadakan di …

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PARLIMEN

Pada 2 November dalam tahun 1963, Majlis Perasmian Bangunan Parlimen disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan …

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …