MAJLIS PERISYTIHARAN KUALA TERENGGANU SEBAGAI BANDAR RAYA

Pada 1 Januari  dalam tahun 2008, Kuala Terengganu dinaik taraf sebagai bandar raya dalam satu majlis perisytiharan yang diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu dengan gelaran Bandaraya Warisan Pesisir Air. Majlis tersebut disempurnakan oleh DYTM Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Sultan Terengganu. Menerusi penaiktarafan ini, Kuala Terengganu ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu selaku Pihak Berkuasa Tempatan. YBhg. Dato’ Mat Razali bin Kassim dilantik sebagai Datuk Bandar pertama. Kuala Terengganu merupakan bandar pertama di pantai timur Semenanjung Malaysia diangkat sebagai bandar raya.

-Kemaskini 2026-

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …