MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PARLIMEN

Pada 2 November dalam tahun 1963, Majlis Perasmian Bangunan Parlimen disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong di Kuala Lumpur. Bangunan bercirikan imej kebangsaan yang mencerminkan hasrat Malaysia sebagai sebuah negara bersifat medernistik dan progresif ini direka bentuk oleh William Ivor Shipley, Arkitek Jabatan Kerja Raya. Kerja-kerja pembinaannya bermula pada bulan September 1960 dan kos keseluruhannya menelan belanja sebanyak $16 juta. Pembinaan bangunan ini merupakan cetusan idea YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri. Kompleks bangunan Parlimen ini mengandungi dua bahagian, iaitu bangunan utama setinggi tiga tingkat dan sebuah bangunan menara setinggi 18 tingkat. Peletakan batu asas bangunan ini turut disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Putra pada 31 Ogos 1962.

-Kemaskini 2026-

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MAJLIS PERISYTIHARAN KUALA TERENGGANU SEBAGAI BANDAR RAYA

Pada 1 Januari  dalam tahun 2008, Kuala Terengganu dinaik taraf sebagai bandar raya dalam satu majlis perisytiharan yang diadakan di …

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PARLIMEN

Pada 2 November dalam tahun 1963, Majlis Perasmian Bangunan Parlimen disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan …

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …