30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan.

PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir di daerah ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang, malam tadi hingga awal pagi hari ini.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, tiga lokasi terbabit ialah kawasan belakang Loji Rawatan Air Kasigui, Kampung Penampang Proper dan Kampung Kibabaig.

“Dalam kejadian pertama, kita menerima panggilan kecemasan pada jam 10.38 malam berhubung banjir di kawasan belakang Loji Rawatan Air Kasigui.

“Pasukan bomba tiba di lokasi tiga minit kemudian dan mendapati 14 mangsa terjejas akibat banjir serta memerlukan bantuan untuk berpindah.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dari kawasan terjejas pada jam 11 malam sebelum dibawa ke PPS Kompleks Sukan Penampang,” katanya.

Katanya, mangsa terdiri daripada dua lelaki dan enam wanita dewasa, enam kanak-kanak termasuk empat kanak-kanak perempuan.

Beliau berkata, operasi di lokasi itu ditamatkan pada jam 11.45 malam selepas bomba memastikan semua mangsa selamat dan tiada lagi individu memerlukan bantuan pemindahan.

Sementara itu katanya, satu lagi panggilan diterima pada jam 10.40 malam berhubung banjir di Kampung Penampang Proper.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 10.43 malam dan mendapati 10 mangsa terjejas serta memerlukan bantuan pemindahan.

“Kesemua mangsa berjaya dipindahkan ke PPS Kompleks Sukan Penampang pada jam 11.10 malam.

“Mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa, tiga wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan,” katanya sambil menambah operasi tamat pada jam 11.50 malam selepas semua mangsa dipastikan selamat.

Bagi kejadian ketiga katanya, BBP Penampang menerima panggilan pada jam 12.14 tengah malam di Kampung Kibabaig dan pasukan bomba tiba kira-kira 30 saat kemudian.

“Terdapat dan enam mangsa terjejas akibat banjir serta memerlukan bantuan untuk dipindahkan dan kesemua mangsa kemudian dipindahkan ke PPS Kompleks Sukan Penampang.

“Mangsa terdiri daripada empat lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Operasi di lokasi berkenaan ditamatkan pada jam 1.30 pagi selepas semua mangsa dipastikan selamat dan tiada lagi permintaan bantuan pemindahan,” katanya.

 

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …