OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran.

BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya mencatat keseluruhan nilai kompaun dan rampasan berjumlah RM407,644.69.

Operasi di sekitar laluan Sapi Nangoh hingga Botition pada Selasa itu membabitkan 184 pegawai dan anggota daripada 16 agensi keselamatan, persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, operasi itu dilaksanakan bagi memperkukuh penguatkuasaan secara bersepadu selain memastikan pematuhan undang-undang oleh pemilik premis, majikan, pekerja dan pengguna kenderaan.

“Operasi bermula jam 6 pagi hingga 5 petang dengan memfokuskan tindakan penguatkuasaan terhadap sasaran yang dikenal pasti, termasuk pemeriksaan kenderaan secara bersepadu di Road Check Point (RCP) Sapi Nangoh.

“Antara kejayaan utama operasi ialah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah merekodkan nilai tertinggi sebanyak RM207,100, membabitkan kompaun dan arahan bayaran tunggakan bagi 13 kesalahan mengikut Ordinan Buruh Sabah,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas pelbagai jenama rokok dan minuman keras mengikut Akta Kastam 1967 dengan nilai lebih RM114,000 termasuk duti.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut mengambil tindakan dengan nilai kompaun RM30,000.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula mengeluarkan 37 saman bernilai RM6,250.

Victor berkata, tindakan penguatkuasaan secara bersepadu akan terus dipertingkat bagi memperkukuh kawalan serta memastikan pematuhan undang-undang di kawasan ESS Zone.

“Langkah itu turut bertujuan membendung sebarang aktiviti yang menyalahi peraturan demi memastikan keselamatan dan ketenteraman di kawasan berkenaan terus terpelihara,” katanya.

 

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …