KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media.

KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak melebihi kadar semasa, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu turut melibatkan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan peningkatan penyertaan Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan.

“Walaupun dalam perjanjian MA63 itu dengan penyertaan Singapura. Satu pertiga daripada Singapura, Sabah, Sarawak. Sekarang ini tentunya kurang. Jadi keputusan kita adalah mesti menambah nisbah Sabah, Sarawak.

“Keputusan ini penting dan telah kita persetujui pada prinsip lebih awal (dalam mesyuarat) Jemaah Menteri, Rabu yang lalu,” kata Perdana Menteri kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Anwar berkata penambahan itu bukan sekadar melibatkan jumlah kerusi, sebaliknya perlu memastikan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak turut meningkat.

Ketika ditanya sama ada kerajaan menyasarkan 40 peratus kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak, beliau berkata mekanisme serta perinciannya perlu dibincangkan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perdana Menteri berkata sama ada penambahan itu sempat dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum akan datang (PRU) masih belum dapat dipastikan kerana perlu melalui proses rundingan dan Perlembagaan.

Selain itu, Anwar berkata mesyuarat berkenaan turut membincangkan usaha mempercepat penambahan perjawatan serta proses Borneonisasi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Sabah dan Sarawak seperti yang diperakui dalam MA63 dan Suruhanjaya Cobbold.

“Fasa pertama pelaksanaan perkara itu telah diselesaikan, manakala fasa kedua akan disegerakan termasuk pelantikan anak Sabah dan Sarawak ke jawatan utama,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …