ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak.

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat dan menyantuni mangsa kebakaran Kampung Numbak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Damai, di sini.

Anwar yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tiba di PPS berkenaan 1.30 tengah hari dan meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni mangsa di situ.

Perdana Menteri kemudiannya mendengar taklimat mengenai kebakaran itu daripada Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah, sebelum menyampaikan bantuan kepada mangsa.

Sebanyak 111 ketua isi rumah menerima sumbangan bakul makanan, selain bantuan khas kewangan RM1,500 daripada kerajaan Persekutuan.

Terdahulu Anwar dan Hajiji menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Likas yang terletak berhampiran, bersama dengan lebih 100 penduduk setempat di kawasan itu.

Seorang mangsa Ruhin Nya Amrani, 52, berkata sumbangan berkenaan sangat membantu, terutamanya untuk perbelanjaan persekolahan kedua-dua anaknya.

“Saya terharu Perdana Menteri sendiri turun melawat dan memberi bantuan kepada kami…sudah tentu bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban kami,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Mohd Jamri Jamjiru, 43, berkata bantuan yang diberikan kerajaan akan dimanfaatkan sebaiknya.

“Kami bersyukur untuk semua bantuan yang diberikan, namun apa yang penting selepas ini kerajaan dapat percepat bantuan membangunkan penempatan kami,” katanya.

Pada 30 Ogos, kebakaran di Kampung Numbak memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air, dengan tiga mangsa ditemukan rentung.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …