HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Setiausaha Persekutuan Sabah yang baharu, Datuk Zul Hadi Ahmad, di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Zul Hadi, 57, dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 16 Oktober lalu, menggantikan Datuk Mohd Razali Wahab yang bersara wajib.

Sebelum pelantikan itu, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Pertanian di Kementerian Ekonomi, dengan pengalaman selama 32 tahun dalam bidang ekonomi, kewangan serta dasar dan perancangan strategik.

Hajiji mengucapkan tahniah kepada Zul Hadi atas pelantikan itu dan berharap beliau dapat memperkukuh hubungan serta kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, khususnya membabitkan jabatan dan agensi Persekutuan di Sabah.

Beliau berkata, kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak penting bagi memastikan penyelarasan dasar serta pelaksanaan program dan projek pembangunan berjalan lancar dan berkesan demi kepentingan rakyat.

Hajiji turut berharap Zul Hadi dapat memainkan peranan berkesan sebagai penghubung antara kedua-dua kerajaan bagi mempertingkatkan koordinasi, memperkemas pelaksanaan agenda pembangunan negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat Sabah terus diberi keutamaan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …