Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal. Jika cawan berkarat, sumbing atau salutannya mengelupas, ia tidak patut terus digunakan untuk menghidangkan makanan. Ini soal keselamatan makanan. KKM sendiri menasihatkan penggunaan perkakas yang bersih, tidak berkarat dan tidak sumbing. Permukaan yang rosak boleh menyukarkan pembersihan. Serpihan salutan juga berisiko tertanggal dan masuk ke dalam minuman.
Kalau dapat cawan begini:
- Berhenti minum dan minta minuman baharu dalam cawan yang elok. Jangan sekadar pindahkan air yang sama.
- Maklumkan kepada pekerja atau pengusaha.
- Ambil gambar serta simpan resit, nama premis, lokasi, Tarikh dan masa kunjungan untuk membantu siasatan. Aduan boleh disalurkan melalui SISPAA KKM:https://moh.spab.gov.my/
Kepada pengusaha, semak cawan, pinggan dan perkakas secara berkala. Yang sudah rosak, keluarkan daripada penggunaan. Pelanggan tegur bukan sebab cerewet. Mereka bayar untuk minuman yang selamat. Sayang nak buang, jangan sampai abaikan keselamatan pelanggan.
Sumber: Publichealth



