LELAKI DITAHAN BAWA 5.09 GRAM SYABU

RAMPAS: Bekalan syabu yang dirampas semasa penahanan suspek.

KOTA BELUD: Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan selepas disyaki membawa dadah jenis syabu seberat 5.09 gram di Kampung Pintasan, di sini.

Suspek ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kota Belud dalam Op Tapis Dadah kira-kira jam 2 petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Khairul Shah Peri berkata, penahanan suspek dibuat selepas anggota polis mengesan gerak-gerinya yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan kemudian menemukan bahan disyaki syabu dalam simpanan suspek dengan anggaran RM509.

“Ujian saringan awal terhadap bahan berkenaan menunjukkan keputusan positif methamphetamine,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Khairul Shah berkata, semakan awal mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Katanya, polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sumber bekalan dadah berkenaan.

“Siasatan turut dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan pembabitan individu lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah bagi membantu usaha membanteras kegiatan berkenaan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERINGATAN KEPADA MAJIKAN: PASTIKAN PEKERJA ASING MEMPUNYAI DOKUMEN YANG SAH

Majikan diingatkan supaya memastikan setiap pekerja asing yang diambil bekerja mempunyai dokumen perjalanan dan pas yang sah serta mematuhi syarat …

PEMEGANG KAD UNHCR MASIH TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG IMIGRESEN

Pelarian Rohingya yang memegang kad UNHCR masih dikategorikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan tertakluk kepada Akta Imigresen 1959/63 …

JADILAH IBU BAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB

Keselamatan anak-anak seharusnya menjadi keutamaan dalam setiap perjalanan. Namun, masih terdapat ibu bapa yang membonceng anak ke sekolah tanpa memastikan …