SYABU DUA KILOGRAM BERNILAI RM94,000 DIRAMPAS DI LAHAD DATU

Syabu dua kilogram bernilai RM94,000 dirampas di Lahad Datu

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 2,000 gram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM94,000 dalam operasi Op Tapis di kawasan tempat letak kereta Darvel Bay Plaza, Jalan Teratai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbahrin Ismail berkata, operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek berusia 41 tahun membawa kepada penemuan dan rampasan dadah terbabit.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Dua kenderaan turut disita bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dzulbahrin berkata, suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati keputusan negatif dadah.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sumber bekalan, modus operandi serta rangkaian sindiket yang dipercayai terbabit,” katanya.

Beliau menegaskan BSJND IPD Lahad Datu akan terus mempergiatkan operasi dan mengambil tindakan tegas bagi membanteras kegiatan pengedaran dadah di daerah berkenaan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR: MEMPERKASA BELIA GEN-Z 2026

Program Lokakarya Memugar: Memperkasa Belia Gen-Z 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat …

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …