BLOK LIMA PINTU, RUMAH DAN KENDERAAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN

RANAP: Blok lima pintu dan sebuah rumah kediaman musnah sepenuhnya dalam kebakaran.

TAWAU: Lima pintu rumah dalam sebuah blok serta sebuah rumah kediaman musnah sepenuhnya dalam kebakaran berhampiran Jambatan Kampung Kalabakan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.03 malam itu, kebakaran turut memusnahkan dua kereta dan dua motosikal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.03 malam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.57 malam selepas menempuh perjalanan sejauh 91 kilometer dari BBP Tawau.

“Kebakaran membabitkan satu blok lima pintu berkeluasan kira-kira 150 x 30 kaki dan sebuah rumah kediaman berkeluasan 30 x 20 kaki.

“Turut terbakar dua kereta dan dua motosikal yang masing-masing musnah 100 peratus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan satu pancutan, manakala sumber air diperoleh daripada sungai berhampiran.

“Pasukan bomba berdepan cabaran komunikasi apabila lokasi kejadian tidak mempunyai liputan GIRN mahupun talian telefon.

“Bagaimanapun, operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 10.17 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.28 malam selepas keadaan disahkan selamat,” katanya.

Jemishin berkata, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian berkenaan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

JKDM SABAH TUMPAS SEMBILAN KES SELUDUP MINUMAN KERAS RM4.15 JUTA

SIDANG MEDIA: Sebahagian minuman keras yang dirampas semasa operasi dijalankan JKDM Sabah.  KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah …

PADI TR8 BERPOTENSI HASIL 10 TAN SEHEKTAR JAMAWI

KENANGAN: Jamawi bersama tetamu jemputan dan komuniti petani merakamkan kenangan sempena perasmian kawasan Penuaian Sawah Satelit Benih Padi Sah (SSBPS) …

SYABU DUA KILOGRAM BERNILAI RM94,000 DIRAMPAS DI LAHAD DATU

Syabu dua kilogram bernilai RM94,000 dirampas di Lahad Datu LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 2,000 gram …