DADAH SINTETIK DAN TRADISIONAL: KENALI RISIKO, JAUHI PENYALAHGUNAAN

Masyarakat perlu meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, khususnya perbezaan antara dadah sintetik dan dadah yang berasal daripada sumber semula jadi.

Dadah sintetik dihasilkan melalui proses kimia dan formulanya boleh berubah bagi menghasilkan kesan tertentu. Antaranya termasuk syabu, ekstasi, kanabinoid sintetik dan ketamin. Penggunaan bahan ini secara tidak terkawal boleh mendatangkan kesan berbahaya kepada kesihatan serta menjejaskan fungsi fizikal dan mental seseorang.

Sementara itu, sesetengah dadah atau bahan terlarang berasal daripada tumbuhan atau sumber semula jadi, termasuk ganja, candu dan kokain. Namun, asal semula jadi sesuatu bahan tidak bermakna ia selamat kerana penyalahgunaannya boleh menyebabkan ketagihan serta memberi kesan serius terhadap kesihatan dan fungsi organ tubuh.

Sehubungan itu, masyarakat terutama golongan muda perlu menjauhi sebarang bentuk penyalahgunaan dadah dan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan bahawa dadah tertentu lebih selamat kerana berasal daripada sumber semula jadi.

Kesedaran serta pendidikan mengenai bahaya dadah perlu diperkukuhkan dalam kalangan individu, keluarga dan masyarakat bagi membendung masalah penyalahgunaan bahan terlarang.

Sumber Infografik: Laman Facebook ADDK Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …