TIPS KESELAMATAN SIBER

Berikut adalah maklumat mengenai Tips Keselamatan Siber. Keselamatan siber merupakan tanggungjawab setiap pengguna dalam melindungi maklumat peribadi dan organisasi daripada ancaman digital.

Antara tips keselamatan siber yang boleh diambil adalah seperti berikut :-

  1. Gunakan kata laluan yang kukuh dengan kombinasi huruf, nombor dan simbol serta elakkan menggunakan kata laluan yang sama untuk semua akaun.
  2. Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA) bagi menambah lapisan keselamatan dan menghalang akses tanpa kebenaran.
  3. Pastikan sistem operasi, aplikasi dan perisian antivirus sentiasa dikemas kini bagi menutup kelemahan keselamatan yang boleh dieksploitasi oleh penjenayah siber.
  4. Sentiasa berwaspada terhadap e-mel, mesej atau pautan yang mencurigakan kerana ia mungkin merupakan cubaan pancingan data (phishing).
  5. Jangan sesekali memuat turun lampiran daripada sumber yang tidak dikenali.
  6. Lakukan sandaran (backup) data penting secara berkala ke pemacu luaran atau storan awan bagi mengelakkan kehilangan maklumat akibat serangan siber atau kerosakan peranti.

Amalan keselamatan siber yang konsisten mampu mengurangkan risiko ancaman dan memastikan data serta identiti digital sentiasa dilindungi.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

 

Sumber : Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,

Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …