Berikut adalah maklumat mengenai tips keselamatan di air. Keselamatan ketika menjalankan aktiviti di air perlu sentiasa diutamakan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Antara tips keselamatan di air yang boleh diambil adalah seperti berikut :-
1. Memakai jaket keselamatan yang sesuai ketika berada di sungai, tasik atau laut.
2. Jangan berenang seorang diri. Pastikan ada kawan atau ahli keluarga bersama.
3. Awasi kanak-kanak pada setiap masa ketika mereka bermain dekat dengan air.
4. Kenal pasti tanda amaran atau papan tanda bahaya di kawasan air.
5. Semak keadaan cuaca sebelum mula turun ke air.
Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, anda boleh melakukan aktiviti air dengan lebih tenang dan selamat.
Sumber : Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)



