Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan 0.5 peratus.
Kelahiran hidup merekodkan penurunan 7.8 peratus (7,743 kelahiran) iaitu daripada 99,786 kelahiran pada ST3 2025 kepada 92,043 kelahiran pada ST3 2026.
Kematian pula merekodkan peningkatan 8.7 peratus (4,187 kematian) daripada 48,001 kematian pada ST3 2025 kepada 52,188 kematian pada ST3 2026.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia



