TINDAKAN DAN LANGKAH UNTUK MENANGANI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN GOLONGAN PROFESIONAL

Penyalahgunaan dadah bukan lagi isu terhad kepada golongan penganggur atau belia sahaja. Kini ia turut membabitkan golongan profesional seperti pekerja sektor swasta, bekerja sendiri dan golongan berpendidikan tinggi. Statistik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan sehingga September 2025, seramai 35,259 pekerja sektor swasta dan 45,068 individu bekerja sendiri direkodkan terlibat penyalahgunaan dadah. Lebih membimbangkan, dalam suku pertama 2025 sahaja, seramai 559 individu berkelulusan ijazah, sarjana dan PhD ditahan kerana penyalahgunaan dadah. Manakala 2,323 orang lagi adalah pemegang diploma berusia 19 hingga 40 tahun.

Faktor utama golongan profesional terjebak adalah tekanan kerja, gaya hidup, serta mudah akses kepada dadah sintetik seperti syabu, pil kuda dan ekstasi. AADK melaporkan 70 peratus daripada 169,691 penagih yang dikesan hingga September 2024 mengambil dadah jenis ATS. Bagi golongan dewasa 40 hingga 59 tahun pula, jumlah penagih meningkat kepada 72,590 orang pada 2025 berbanding 70,188 pada 2024. Ini menunjukkan trend penyalahgunaan dadah semakin menular ke peringkat umur produktif yang kebanyakannya berada dalam sektor pekerjaan.

Bagi menangani masalah ini, beberapa tindakan dan langkah perlu dilaksanakan secara bersepadu. Antaranya ialah :

  • Penguatkuasaan dan pemantauan di tempat kerja.

Syarikat dan agensi kerajaan perlu memperkenalkan dasar sifar dadah, ujian saringan rawak dan program kesedaran melalui AADK dan PDRM. Pendekatan penguatkuasaan moden berasaskan risikan juga perlu diperkukuh bagi mengekang sindiket yang menggunakan platform digital untuk mengedar dadah.

  • Rawatan dan pemulihan awal.

AADK kini memberi fokus kepada profiling klien melalui saringan saintifik dan rawatan sukarela. Sehingga 10 Januari 2025, seramai 58,875 orang sedang dirawat di 108 AADK Daerah dan 30 PUSPEN dengan kadar kepulihan mencecah 79 peratus. Golongan profesional perlu digalakkan tampil secara sukarela tanpa stigma.

  • Pendidikan dan sokongan mental.

Majikan perlu menyediakan khidmat kaunseling, program keseimbangan kerja-hidup dan bengkel kesedaran bahaya dadah sintetik. Kementerian Dalam Negeri turut menekankan bahawa dadah sintetik seperti fentanyl boleh membawa maut walaupun dalam dos kecil dan memberi kesan gangguan mental.

Kesimpulannya, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan profesional memberi kesan besar kepada produktiviti negara dan imej sektor pekerjaan.

Melalui kerjasama AADK, PDRM, majikan dan masyarakat, kita mampu membendung gejala ini dan memastikan tenaga kerja negara kekal sihat, produktif dan bebas dadah.

Sumber :

https://www.myaidconference.com/uploads/6/2/6/7/62670651/15._rencana_siti_hajar_-_umum_gejala_penyalahgunaan_dadah_golongan_profesional_semakin_membimbangkan.pdf

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …