PENAGIH DAN PENYALAH GUNA DADAH TERENGGANU TURUN 7.2 PERATUS

Jumlah penagih dan penyalah guna dadah di Terengganu menurun 7.2 peratus kepada 7,582 orang pada suku pertama 2026 berbanding 8,174 orang dalam tempoh sama tahun lalu. Menurut Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh, golongan dewasa produktif berusia 25 hingga 44 tahun kekal sebagai penyumbang terbesar dengan lebih 68 peratus daripada keseluruhan kes.

Seterusnya, kumpulan umur 35 hingga 39 tahun mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,503 orang, diikuti 40 hingga 44 tahun (1,449 orang) dan 25 hingga 30 tahun (1,142 orang). Bagaimanapun, AADK memandang serius peningkatan penglibatan kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun yang meningkat 16.7 peratus daripada enam orang pada suku pertama 2025 kepada tujuh orang bagi tempoh sama tahun ini.

Perkembangan penglibatan kanak-kanak seawal usia 10 tahun ini menuntut pemerkasaan Sekolah Angkat MADANI (SAM) sebagai benteng pertahanan sosial dari peringkat sekolah.

Dadah jenis Amphetamine-Type Stimulants (ATS) seperti syabu, pil kuda dan ekstasi kekal mendominasi kes di Terengganu dengan 81.9 peratus atau 6,206 orang, manakala opiat seperti heroin dan morfin mencatatkan 16.9 peratus atau 1,281 orang. Tambahan lagi, pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan SAM turut diperkasa bagi membina benteng sosial yang kukuh serta menyokong usaha menangani penyalahgunaan dadah di negeri berkenaan.

 

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-penagihan-dadah-di-terengganu-turun-72-peratus-aadk

Artikel/Berita Terkini

MONSUN TIMUR LAUT

Tahukah anda? Musim Monsun Timur Laut lazimnya berlaku bermula bulan November hingga Mac setiap tahun dengan tiupan angin dari arah …

PATRIOTISME DI ERA SIBER

Mempertahankan negara bukan sahaja di medan nyata, tetapi juga di ruang digital. Setiap klik, perkongsian dan tindakan kita membawa tanggungjawab …

ANCAMAN SIBER: BERSATU MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN NEGARA!

Ancaman siber bukan sekadar penggodaman akaun, penipuan dalam talian atau kecurian data. Serangan siber berpotensi mengakibatkan kerugian kewangan, kelumpuhan sistem …