JPJ TERENGGANU PANDANG SERIUS ADUAN TERHADAP PROGRAM RXZ MEMBERS 8.0

Kuala Terengganu: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu memandang serius kenyataan Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berhubung aduan masyarakat terhadap tindakan segelintir peserta program RXZ Members 8.0 yang didakwa menunggang secara tidak selamat, menyebabkan kesesakan serta membahayakan pengguna jalan raya lain.

Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion berkata, JPJ menghormati minat dan aktiviti komuniti permotoran yang dilaksanakan secara teratur, bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang, namun keselamatan serta kepentingan awam hendaklah konsisten menjadi keutamaan dalam setiap penganjuran program permotoran berskala besar.

Katanya, berdasarkan data kemalangan bagi tempoh 30 Julai hingga 2 Ogos lalu, sebanyak 29 kes kemalangan jalan raya direkodkan di negeri ini dalam tempoh berkaitan penganjuran RXZ Members 8.0.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, lima kes membabitkan kemalangan maut yang mengakibatkan lima kematian, kecederaan parah (3 kes), kecederaan ringan (20 kes) dan satu kes tidak membabitkan kecederaan.

“Sebanyak 18 kes berlaku di jalan ekspres, 10 kes di jalan Persekutuan dan satu kes di jalan negeri.

“Dapatan ini menunjukkan bahawa aspek keselamatan perlu diberikan perhatian bukan sahaja di lokasi program, tetapi juga sepanjang perjalanan peserta menuju ke Terengganu dan ketika pulang ke destinasi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, PDRM Terengganu turut melaporkan peningkatan jumlah kemalangan daripada 11 kes tahun lalu kepada 29 kes pada tahun ini, manakala kemalangan maut meningkat daripada dua kepada lima kes.

Katanya, bagi penganjuran program permotoran berskala besar pada masa hadapan, antara aspek yang wajar diberikan perhatian termasuk komunikasi keselamatan, pematuhan undang-undang sebelum perjalanan, pematuhan terhadap undang-undang dan spesifikasi teknikal kenderaan, pengurusan insurans secara default kepada semua peserta, perancangan perjalanan serta rehat yang mencukupi.

“Penguatkuasaan bertujuan untuk memastikan setiap aktiviti dapat berlangsung dengan selamat tanpa menjejaskan hak dan keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya.

 

https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2026/08/1393840/jpj-terengganu-pandang-serius-aduan-terhadap-program-rxz-members-80

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …