KUNJUNGAN HORMAT KUKUHKAN HUBUNGAN SABAH-UNITED KINGDOM

CENDERAHATI: Hajiji Menyerahkan Cenderahati Kepada Ajay Sharma Semasa Kunjungan Terbabit. 

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, Ajay Sharma, di pejabatnya di Menara Kinabalu.

Kunjungan itu menjadi pertemuan pertama antara Hajiji dan Ajay Sharma sejak beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia.

Pertemuan berkenaan turut menjadi medan bagi Ajay Sharma memperkenalkan diri secara rasmi kepada Ketua Menteri.

Dalam pertemuan itu, Hajiji mengalu-alukan kehadiran Ajay Sharma ke Sabah.

Beliau turut berharap hubungan erat antara Sabah dan United Kingdom akan terus diperkasakan menerusi kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Ajay Sharma dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia pada April 2025.

Beliau mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam perkhidmatan diplomatik Britain.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Britain ke Qatar.

Ajay Sharma juga pernah memegang beberapa jawatan kanan di Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan United Kingdom.

Turut hadir pada kunjungan hormat itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …