PUNCA KEDUDUKAN MALAYSIA MEROSOT DALAM INDEKS KEBEBASAN MEDIA DUNIA AKAN DITELITI

KUALA LUMPUR: Perundangan khusus mengenai isu agama, raja dan kaum (3R) serta hubungan langsung antara pemilik akaun dengan penyedia platform media sosial dikenal pasti antara punca kemerosotan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun optimis menyelesaikan isu berbangkit berhubung perkara itu biarpun kedudukan Malaysia masih pada tahap relatif baik, berbanding negara lain dalam ASEAN.

Beliau juga sudah mengarahkan jawatankuasa, termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil meneliti permasalahan yang menyebabkan kedudukan Malaysia merudum ke tangga 95 mengikut indeks berkenaan bagi tahun ini.

Hasil penelitian itu, katanya, mendapati indikator penilaian ‘Reporters Without Borders’ (RSF) termasuk konteks politik, kerangka perundangan, keadaan ekonomi, persekitaran sosiobudaya dan aspek keselamatan.

“Bila tindakan diambil, umpamanya terhadap Sin Chew Daily, ia dianggap besar di dunia media rasmi kerana dianggap melanggar indeks kebebasan media. Dalam hal ini, isu bendera diselesaikan secara baik.

“Namun, soal bendera negara adalah serius bagi kita, walaupun mungkin bagi negara lain kurang (penting). Begitu juga dengan Sinar Harian yang memberikan biografi Ketua Polis Negara dikaitkan dengan parti politik.

“Ia diselesaikan dengan kompaun kecil dan bila tindakan diambil kepada media rasmi begitu, terus kita… indeks kita menjunam (jatuh),” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai faktor kemerosotan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2026 yang menurun ke tangga 95 berbanding 88 tahun lalu, serta langkah komprehensif kerajaan melindungi hak kebebasan media.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan perundangan khusus 3R memandangkan ia adalah pendirian dipersetujui bersama Majlis Raja-Raja (MRR).

Beliau turut memaklumkan MRR sentiasa meneliti laporan berkaitan penghinaan terhadap institusi diraja serta kandungan boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

“Kandungan berkaitan fakta tidak tepat atau kritikan politik semata-mata tidak dikenakan tindakan, sebaliknya kerajaan lebih mengutamakan penjelasan kepada umum, berbanding penguatkuasaan, termasuk memberi penjelasan di Parlimen.

“Kerajaan sudah menambah baik kerangka perundangan negara, termasuk menerusi pindaan terhadap Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pindaan ini bertujuan memastikan kenyataan berbentuk sindiran terhadap Perdana Menteri atau pemimpin tidak dikategorikan sebagai kesalahan jenayah,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, antara cabaran lain yang mempengaruhi penilaian indeks berkenaan ialah tindakan pemadaman kandungan dilakukan penyedia platform media sosial.

“Tindakan pemadaman kandungan oleh penyedia platform itu bukan semestinya atas arahan kerajaan, sebaliknya dibuat berdasarkan aduan pengguna.

“Ini termasuk kandungan saya sendiri berkaitan Hamas yang pernah dipadamkan platform media sosial, walaupun kerajaan tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

“Permohonan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga tidak semestinya diterima penyedia platform kerana keputusan akhir bergantung kepada dasar pengendali media sosial berkenaan,” katanya.

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1583962/punca-kedudukan-malaysia-merosot-dalam-indeks-kebebasan-media-dunia

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …