PERASMIAN KAMPUS INTAN WILAYAH TIMUR, KEMAMAN, TERENGGANU

PERASMIAN KAMPUS INTAN WILAYAH TIMUR, KEMAMAN, TERENGGANU

 

Pada 27 Ogos(Sabtu)  dalam tahun 1983, DYMM Sultan Terengganu telah berkenan merasmikan kampus Institut Tadbiran Negara atau INTAN Wilayah Timur di Kemaman, Terengganu. Turut hadir di majlis tersebut ialah DYMM Tengku Ampuan Besar, YB Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Amar Hj. Wan Mokhtar Ahmad; Menteri Besar Terengganu, Dr. Mohd. Sahari b. Ahmad Jabar; Pengarah INTAN dan Tuan Haji Musa Hj. Taib; Pengarah INTAN Wilayah Timur.  Kampus INTAN Wilayah Timur ini berharga $13.75 juta terletak di kawasan seluas 21 hektar. Kampus ini mempunyai pelbagai kemudahan termasuk bilik latihan dan penginapan yang boleh membuatkan seramai 260 orang dalam satu masa.  Kampus Wilayah Timur ini telah memulakan operasinya pada bulan April yang lalu.  Dengan adanya kampus Wilayah Timur ini, pegawai-pegawai dan kakitangan khususnya di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang akan mendapat peluang yang lebih besar untuk menjalani latihan secara langsung dalam pembangunan negara. Ini selaras dengan peranan INTAN sendiri memberi latihan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan supaya lebih cekap dan tinggi mutu perkhidmatannya dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …