PELANCARAN RASMI YAYASAN ISLAM TERENGGANU

Pada tanggal 9 Ogos 1976, Pelancaran Rasmi Yayasan Islam Terengganu (YIT) disempurnakan oleh DYMM Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu bertempat di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Sejarah penubuhannya bermula pada 3 Ogos 1973, iaitu pada Seminar Alim Ulama Negeri Terengganu yang menetapkan untuk menubuhkan sebuah yayasan Islam yang akan bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan dakwah, penyelidikan dan bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Susulan itu, pada 2 April 1974 Dewan Undangan Negeri meluluskan Enakmen Bilangan 1, Tahun 1974 yang sekali gus meluluskan penubuhan YIT sebagai sebuah badan berkanun. Pada awal penubuhannya, YIT beroperasi di Bangunan Pejabat Daerah Kuala Terengganu. Pada 2 Oktober 1996, YIT berpindah ke Menara Yayasan Islam Terengganu dan bangunan baharu ini menjadi mercu tanda kegemilangan perkembangan Islam di Terengganu.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …