DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Pelaksanaan Pengisytiharan Kepentingan Pegawai Penguji bagi pegawai-pegawai yang dilantik sebagai Pegawai Penguji JPJ. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Zulkifly bin Ismail, Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang, yang turut menyampaikan amanat kepada para pegawai mengenai kepentingan mengamalkan nilai integriti, ketelusan, profesionalisme dan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas sebagai Pegawai Penguji.
Kemuncak majlis menyaksikan bacaan Ikrar Pengisytiharan Kepentingan Pegawai Penguji, diikuti sesi menandatangani dokumen pengisytiharan oleh wakil-wakil Pegawai Penguji serta pengesahan rasmi oleh Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang sebagai simbol komitmen bersama dalam memastikan setiap proses pengujian dijalankan secara adil, telus dan bebas daripada sebarang konflik kepentingan.
Pelaksanaan pengisytiharan ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan JPJ, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan usaha berterusan jabatan dalam membudayakan integriti di semua peringkat.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinag https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



