BAHAN BINAAN YANG TAHAN BANJIR

Menurut Bank Dunia (World Bank), bahan binaan tahan banjir merujuk kepada bahan pembinaan yang mempunyai ketahanan terhadap kerosakan akibat pendedahan kepada air banjir. Pemilihan bahan yang sesuai penting bagi mengurangkan kerosakan struktur bangunan dan memudahkan kerja-kerja pemulihan selepas banjir.

Antara bahan binaan yang ialah:

  1. Batu Bata
    Batu bata tanah liat mempunyai ketahanan terhadap keadaan basah dan kering secara berulang, manakala batu bata bersalut glaze lebih tahan terhadap air dan aliran deras kerana lapisan salutan pada permukaannya mengurangkan penyerapan air.
  2. Keluli
    Keluli yang dirawat untuk mencegah pengaratan dan kakisan sesuai digunakan bagi rangka struktur, bumbung dan pengukuhan bangunan. Keluli tahan karat mempunyai ketahanan lebih tinggi terhadap kakisan berbanding keluli bergalvani.
  3. Papan Simen dan Papan Simen Gentian
    Bahan ini sesuai digunakan untuk dinding dan siling kerana mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap kelembapan, air banjir serta aliran air. Selain itu, bahan ini juga tahan api.
  4. Papan Gipsum
    Papan gipsum biasa kurang sesuai digunakan di kawasan berisiko banjir kerana mudah rosak apabila terdedah kepada air. Penggunaan papan simen sebagai alternatif lebih digalakkan, khususnya pada bahagian dinding yang berisiko ditenggelami air.
  5. Kayu dan Papan Lapis
    Kayu yang dirawat supaya tahan reput dan kelembapan boleh digunakan untuk struktur bangunan. Papan lapis kalis air pula sesuai bagi kawasan yang terdedah kepada kelembapan. Sebaliknya, papan partikel kurang sesuai kerana mudah mengembang dan rosak apabila terkena air.

Pemilihan bahan binaan yang bersesuaian dapat meningkatkan ketahanan bangunan serta mengurangkan kos pembaikan selepas kejadian banjir.

Sumber: https://www.utusan.com.my/rencana/2024/06/apa-bahan-bahan-binaan-tahan-banjir/

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …