DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Kursus Advance Riding Motosikal Berkuasa Tinggi dengan kerjasama Boon Siew Honda sebagai usaha memperkasakan kemahiran, pengetahuan serta tahap kompetensi pegawai dan anggota yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam melaksanakan tugasan rasmi.
Sepanjang kursus ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik penunggangan lanjutan termasuk kawalan motosikal, teknik membrek kecemasan, pengendalian selekoh, keseimbangan motosikal pada kelajuan rendah dan tinggi, serta kaedah mengenal pasti serta mengurus risiko ketika berada di jalan raya. Latihan seperti ini merupakan antara program yang turut ditawarkan oleh Boon Siew Honda bagi meningkatkan kemahiran penunggangan selamat kepada agensi kerajaan, syarikat korporat dan orang awam.
Program ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan peserta ketika mengendalikan motosikal berkuasa tinggi, malah membentuk budaya penunggangan yang lebih berhemah, berdisiplin dan mengutamakan aspek keselamatan. Kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan semasa melaksanakan tugasan harian di samping mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



