Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi ibu bapa, datuk, nenek dan ahli keluarga dengan sentiasa mengingatkan mereka agar berwaspada sebelum membuat sebarang tindakan.
💡 Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima Mesej Yang Mencurigakan?
Dapatkan pengesahan daripada anak atau ahli keluarga.
Hubungi pihak bank melalui nombor telefon rasmi.
Ambil tangkapan skrin mesej sebagai bukti.
Buat laporan kepada pihak polis.
Kongsikan peringatan ini kepada ibu bapa, datuk, nenek dan orang tersayang. Satu perkongsian anda mungkin dapat mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan.
Sumber: Laman FB Jabatan Perkhidmatan Awam



