NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal termasuk memastikan simpanan mencecah sekurang-kurangnya RM15,000 serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

TH dalam satu kenyataan memaklumkan, bakal jemaah disaran meningkatkan kecergasan kerana ibadah haji memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi, termasuk berjalan sekitar 10,000 langkah atau kira-kira tujuh kilometer sehari ketika melaksanakan ibadah melontar jamrah di Mina.

Bakal jemaah digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan kendiri lebih awal selain mempersiapkan diri dari aspek fizikal dan mental. Bakal “Duyufurrahman” digalak meningkatkan kecergasan fizikal dan mental memandangkan pelaksanaan ibadah haji menuntut ketahanan fizikal yang tinggi dalam persekitaran yang ramai, mencabar serta pendedahan kepada cuaca berdebu dan panas.

Bakal jemaah juga perlu meningkatkan simpanan di TH secara berkala dan konsisten bagi memenuhi syarat kelayakan menerima surat tawaran haji. Sekurang-kurangnya RM15,000 diperlukan sebagai penanda aras minimum kelayakan menerima surat tawaran haji. Syarat ini mula diperkenalkan sejak musim haji 1447H/2026M dan telah memberi kesan yang amat positif kepada tahap kesiapsiagaan bakal jemaah menerima tawaran haji.

Dalam pada itu, TH memaklumkan kos haji bagi musim 1448H/2027M masih belum ditentukan, namun kos musim 1447H/2026M sebanyak RM33,300 seorang boleh dijadikan rujukan awal untuk perancangan simpanan.

Makluman peringatan awal akan dikongsikan melalui aplikasi THiJARI, pesanan SMS dan e-mel rasmi daripada TH. Surat tawaran rasmi untuk menunaikan haji akan dikeluarkan secara berasingan kepada bakal jemaah yang layak mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh TH.

Tabung Haji turut mengingatkan bakal jemaah supaya mengikuti Kursus Asas Haji yang bermula pada 25 September 2026, memastikan pasport antarabangsa masih sah serta mengemas kini maklumat peribadi menerusi aplikasi THiJARI atau di cawangan TH berhampiran bagi memudahkan urusan selanjutnya.

 

 

 

Sumber: Kosmo Online

Artikel/Berita Terkini

PEMANDU BAS PELANCONG REMPUH KERETA KETIKA CUBA LARIKAN DIRI

RAMPAS: Dadah Jenis Ekstasi Yang Dirampas Polis Dalam Operasi Di Jalan Penampang Baru, Penampang. KOTA KINABALU: Seorang pemandu bas pelancong …

11 TAHANAN WARGA THAILAND DIHANTAR PULANG MELALUI ICQS RANTAU PANJANG

Seramai 11 tahanan warganegara Thailand dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, …

PENAGIH DAN PENYALAH GUNA DADAH TERENGGANU TURUN 7.2 PERATUS

Jumlah penagih dan penyalah guna dadah di Terengganu menurun 7.2 peratus kepada 7,582 orang pada suku pertama 2026 berbanding 8,174 …