ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan?

Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang memberi impak besar kepada nyawa, harta benda, ekonomi, masyarakat dan alam sekitar sehingga melebihi keupayaan komuniti atau negara untuk menanganinya menggunakan sumber sedia ada.

Memahami perbezaan ini bukan sekadar menambah ilmu, malah membantu kita menjadi lebih bersedia apabila berdepan situasi kecemasan. Kenali maksud sebenar bencana berdasarkan Arahan NADMA No. 1 dan jadikan kesiapsiagaan sebagai budaya dalam melindungi diri, keluarga serta komuniti. Ilmu hari ini mampu menjadi penyelamat pada masa hadapan.

 

Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

Artikel/Berita Terkini

PEMANDU BAS PELANCONG REMPUH KERETA KETIKA CUBA LARIKAN DIRI

RAMPAS: Dadah Jenis Ekstasi Yang Dirampas Polis Dalam Operasi Di Jalan Penampang Baru, Penampang. KOTA KINABALU: Seorang pemandu bas pelancong …

11 TAHANAN WARGA THAILAND DIHANTAR PULANG MELALUI ICQS RANTAU PANJANG

Seramai 11 tahanan warganegara Thailand dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, …

PENAGIH DAN PENYALAH GUNA DADAH TERENGGANU TURUN 7.2 PERATUS

Jumlah penagih dan penyalah guna dadah di Terengganu menurun 7.2 peratus kepada 7,582 orang pada suku pertama 2026 berbanding 8,174 …