E-FILING : PERMUDAHKAN URUSAN CUKAI ANDA

E-Filing merupakan sistem pengisytiharan cukai pendapatan secara dalam talian yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL). Sistem ini memudahkan pembayar cukai mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dengan lebih cepat, mudah dan selamat tanpa perlu hadir ke pejabat HASiL.

Melalui E-Filing, pengguna hanya perlu mengakses portal MyTax, log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan, kemudian mengisi maklumat pendapatan, pelepasan cukai serta rebat yang layak sebelum menghantar borang secara elektronik. Sistem ini turut membantu mengurangkan kesilapan pengiraan kerana beberapa maklumat akan dijana secara automatik.

Antara kelebihan E-Filing ialah proses penghantaran yang pantas, akses pada bila-bila masa dan di mana sahaja, serta penyimpanan rekod secara digital untuk rujukan pada masa hadapan. E-Filing juga sebagai jaminan keselamatan data dan tiada kehilangan borang. Selain itu, pembayar cukai yang layak menerima bayaran balik cukai juga berpeluang memperoleh proses bayaran yang lebih cepat sekiranya maklumat yang dikemukakan adalah lengkap dan tepat. Proses bayaran balik juga dalam 30 hari bekerja untuk tempoh asas semasa berbanding cara manual dahulu dalam tempoh 4 bulan bekerja.

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk menggunakan E-Filing bagi memastikan urusan percukaian dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, cekap dan mesra pengguna. Pastikan borang dihantar sebelum tarikh akhir yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti atau tindakan lanjut daripada pihak HASiL.

 

“Lapor cukai dengan mudah, pantas dan selamat melalui E-Filing.”

 

Sumber : Laman Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …