Setiap tahun, bulan Ogos disambut sebagai Bulan Kebangsaan bagi memperingati tarikh bersejarah kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957. Sambutan ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan rasa cinta terhadap negara dalam kalangan rakyat.
Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang bulan Ogos seperti pemasangan Jalur Gemilang, pertandingan berkaitan kemerdekaan, program kenegaraan, pameran sejarah, serta kempen mengibarkan bendera di premis kerajaan, swasta dan kediaman.
Sambutan Bulan Kebangsaan bukan sekadar mengenang sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu, malah menjadi medan untuk menghayati nilai perpaduan, toleransi dan semangat bekerjasama dalam masyarakat berbilang kaum. Kemerdekaan yang dikecapi hari ini merupakan hasil pengorbanan generasi terdahulu yang perlu terus dipelihara.
Mengibatkan bendera bukanlah sekadar memenuhi kempen Bulan Kebangsaan, malah menjadi simbol perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Jalur Gemilang juga mengingatkan kita bahawa keamanan dan kemakmuran negara perlu dipelihara bersama.
Marilah kita bersama-sama menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan menghayati erti kemerdekaan demi Malaysia yang aman, maju dan bersatu.
Semoga semangat Bulan Kebangsaan terus menyatukan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama membina negara yang lebih maju, harmoni dan sejahtera. Kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga, kerana di sebalik setiap jalurnya tersimpan sejarah, pengorbanan dan harapan sebuah negara.
Sumber : sinarharian.com.my



